ASSALAMU A'LAIKUM WA RAHMA TULLAH.. MUGA BAHAGIA DISAMPING YANG TERSAYANG DAN YANG TERCINTA


Sunday, 28 May 2017

Bagaimana Ibadah Boleh Menentang Mazmumah Dengan Allah..

Jika kita membuat dosa tidak terasa dengan dosa, satu kerana yang dibuat, kedua dosa kerana tidak merasa berdosa.Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak menceritakannya.

Terhadap mazmumah dengan Allah, langkah langkah mujahadah kita ialah: Membanyakkan ibadah-ibadah hablumminallah seperti sembahyang sunat (dengan faham, khusyuk dan istiqamah), zik rullah, wirid dan tahlil, membaca Al Quran, berdoa, tafakur dan sebagainya.

1. SEMBAHYANG 

Perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa menunaikan sembahyang hendaklah khusyuk. Ini berpandukan apa yang diingatkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Zar: Ya Abu Zar dua rakaat sembahyang yang dilakukan dengan khusyuk itu lebih baik dari sembahyang sepanjang malam tetapi dengan hati yang lalai. Sembahyang yang khusyuk bolehlah diertikan sembahyang yang sempurna lahir dan batin. Ketika jasad menghadap Allah, hati juga tunduk menyembah Allah. Ketika mulut menyebut Allahu Akbar, hati juga mengaku Allah Maha Besar. Ketika jasad sujud menghina diri, hati juga menyungkur menghina diri. Dan ketika mulut memuji mengagungkan Allah dan berdoa pada Allah, hati juga memuja, merintih dan karam dalam penyerahan pada Allah.

Telah bertanya Jibril pada Nabi SAW: Khabarkan padaku apa itu ihsan ? Dijawab baginda,  Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika  tidak kelihatan, yakinlah bahawa  Dia sentiasa melihat engkau. Kalaulah dapat dihayati sembahyang itu, sebagaimana yang dianjurkan di atas, kesannya akan cukup besar pada diri dan jiwa manusia. Iman akan bertambah di samping bertambahnya rasa tawakal, syukur, redha, sabar dan lain-lain sifat mahmudah.Cukuplah sedikit rakaat sembahyangnya asal khusyuk daripada banyak sembahyang tetapi lalai. Sebab perkara yang menjadi matlamat ibadah ialah membuahkan iman dan akhlak manusia. Kalau banyak pun rakaatnya tetapi dikerjakan dengan hati yang lalai, maka bukan sahaja iman dan akhlak tidak bertambah, malah ia menjadi sia-sia. Mungkin pahalanya Allah berikan juga, tetapi banggakah kita kalau perniagaan yang kita buat hanya mengembalikan modal langsung tidak untung? Sembahyang yang lalai tidak akan menambahkan iman dan menguatkan jiwa sebaliknya meletihkan badan sahaja. Di Padang Mahsyar nanti, Allah akan memanggil manusia yang sembahyang untuk diperiksa sembahyangnya.

Waktu itu sembahyang  akan dikategorikan pada lima peringkat:

1. Sembahyang orang jahil. 

2. Sembahyang orang lalai. 

3. Sembahyang orang yang lalai separuh khusyuk. 

4. Sembahyang orang khusyuk. 

5. Sembahyang Nabi-Nabi  dan Rasul 

Sembahyang  orang jahil ialah sembahyang  yang dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang sembahyang. Dia tidak tahu tentang rukun dan sunat dan dibuat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat. Kerana itu awal awal lagi sembahyangnya ditolak malah ia berdosa kerana tidak belajar.

Sembahyang orang lalai ialah sembahyang yang walaupun sempurna lahirnya tetapi hatinya tidak hadir langsung dalam sembahyang. Bermacam macam perkara yang diingatkan sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam sembahyangnya itu. Dari  awal hingga akhir sembahyangnya sedikit pun tidak mengingati Allah. Sembahyang jenis ini diganjarkan dengan dosa bukan dengan pahala. Allah berfirman: Neraka Wail  bagi  orang yang sembahyang. Yang mereka  itu lalai dalam sembahyangnya.(Al Maaun: 4-5)

Sembahyang  yang  ketiga  ialah  sembahyang  yang di dalamnya berlaku tarik  menarik dengan syaitan. Maknanya orang itu sentiasa berjaga bila syaitan mula melalaikannya dari Allah, cepat-cepat dikembalikan ingatannya pada Allah. Begitulah seterusnya berlakunya hingga akhir sembahyang. Ada waktu lalai dan ada waktu khusyuk. Sembahyang ini tidak berdosa dan tidak juga berpahala. Cuma orang itu dimaafkan.

Sembahyang orang khusyuk ialah sembahyang orang yang sepanjang sembahyangnya itu penuh dengan ingatan pada Allah dan pada apa yang dibacakannya  dalam  sembahyang.Orang ini dapat merasakan yang dia sedang mengadap Allah, maka perhatiannya hanya pada Allah.  Orang  ini  sembahyangnya  bererti  janjinya  pada Allah, memohon ampun pada Allah, berdoa pada Allah, menghina diri pada Allah dan mengagungkan Allah. Sembahyang  beginilah yang akan menghapuskan dosa, membaharui ikrar, menguatkan iman, mendekatkan hati  pada Allah, meningkatkan taqwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia dan di akhirat Allah menganugerahkan pahala syurga yang penuh kenikmatan.

Sembahyang yang kelima ialah peringkat tertinggi iaitu sembahyang para Nabi  dan Rasul. Mereka ini luar biasa khusyuknya. Mereka benar-benar nampak Allah dengan mata  hati. Dalam sembahyang mereka seakan-akan sedang berbual-bual dengan Allah. Sebab itu mereka tidak pernah jemu dengan sembahyang. Bagaimana indahnya perasaaan hati  orang yang dapat bertemu kekasihnya, begitulah indahnya perasaan mereka ini dalam sembahyang. Salah satu perkara utama yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah sembahyang. “Sembahyang penyejuk mataku," menurut  sabda  baginda. Syurga yang akan Allah anugerahkan pada mereka ialah syurga tertinggi yang tidak tercapai oleh orang-orang awam seperti kita. Jadi tugas kita sekarang ialah memperbaiki sembahyang di samping  membanyakkannya. Untuk itu kita sekali lagi mesti mujahadah. Dan hanya dengan mujahadah kita  mungkin  dapat mempertingkatkan iman dan membanyakkan amalan soleh. Dan hanya dengan iman dan amal soleh sajalah kita dapat membina dan mencantikkan rumah kita  di akhirat nanti.

2. ZIKRULLAH, WIRID DAN TAHLIL 

Semua ibadah-ibadah zikrullah ini kalau dikerjakan dengan betul akan meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan, serta kebahagiaan di hati. Firman Allah: Ketahuilah bahawa dengan  meng ingati Allah itu, hati akan tenang.(Ar Ra’d: 28) 

Syaratnya  mestilah  ibadah itu dilakukan  dengan beradab,  difahami  dan dihayati  maksudnya. Misalnya  kita menyebut mestilah diberitahu hati bahawa Maha Suci Allah dari kekurangan yang disifatkan pada-Nya. Bila menyebut  resapkan di hati bahawa segala puji bagi Allah, segala kebaikan, nikmat dan rahmat yang memenuhi langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. Kenangkan segala pemberian Allah pada kita semasa menyebut pujian itu supaya dengan itu akan terasa hubungan kita dengan Allah. Begitu juga ketika menyebut    sedarkan hati bahawa Allah Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Pentadbir seluruh langit dan bumi. Rasailah betapa kerdilnya kita di bawah pemerhatian Allah yang hebat itu.

3. MEMBACA QURAN 

Al Quran ialah Kitabullah, diturunkan khusus untuk kita manusia. Membacanya adalah ibadah, memahaminya ialah ubat, mengikutinya adalah petunjuk dan menghayatinya  menambah  iman dan taqwa.Rugi besarlah orang yang menganggap dan ringan dengan Al Quran. Bertanya Allah dalam surah Al Waaqiah: Sesungguhnya  Al  Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. Terdapat dalam kitab yang terpelihara (lauhul mahfuz). Tidak menyentuhnya  kecuali  orang-orang yang disucikan. Diturunkan  dari  Tuhan  semesta alam. Maka apakah kamu mengangap remeh sahaja Al Quran ini? Kamu (mengganti) rezeki (Allah) dengan mendustakan Allah. (Al Waaqiah: 77-82)

Umat Islam kini  memang begitu, menyama-ratakan kitab mulia ini dengan buku ciptaan manusia. Sewaktu-waktu, Al Quran dipermainkan untuk suka- suka dengan tujuan duniawi semata-mata. Alangkah sedihnya. Kembalilah, sama-sama kita  junjung pusaka mulia, warisan yang betul-betul diuntukkan pada kita. Kita agungkan seagung-agungnya untuk kita perju- angkan sungguh-sungguh. Barulah padan dengan kemuliaan dan kehebatan yang ada  padanya. Di antara adabadab yang perlu dilakukan ketika kita membaca Kitab mulia ini ialah:

• Berwuduk. 

•Tempat duduk adalah bersih dan suci seperti masjid, surau dan lain-lain. 

• Mengadap kiblat. •

 Bacaan dilakukan dengan tertib yakni dengan terang dan perlahan dan lambat-lambat. 

• Memahami dan menghayati bacaan dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh ayat yang dibaca. 

Misalnya kita baca ayat tasbih, maka kita  pun berdoa dan bertasbih. Bila membaca ayat doa dan istighfar, kita pun berdoa dan meminta ampun. Bila membaca ayat menceritakan azab Neraka, kita pun minta berlindung dari Neraka dengan doa. Bila membaca ayat  yang menceritakan nikmat syurga kita pun berdoa. Bila baca  ayat orang kafir mensyirikkan Allah, kita segera menafikan dengan ucapan dan begitulah seterusnya. Ucapan-ucapan ini boleh diucapkan di mulut atau di hati tetapi yang penting kesungguhan dan keikhlasan kita menyebutnya (mengucap kannya). Bacaan dibuat dengan suara dan nada yang merdu dan sedap. Jangan putuskan bacaan hanya kerana hendak makan atau berbual-bual. Hentikan ia di tempat-tempat yang telah ditentukan. Elok diakhiri dengan doa. Sesungguhnya kalau kandungan Al Quran itu ditatap selalu dengan kefahaman dan keimanan, Insya-Allah hati akan terdidik untuk tambah beriman dan bertaqwa.

4. BERDOA

Berdoa juga adalah ibadah, juga sumber iman dan pergantungan diri kepada Allah. Orang-orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah sebenarnya sombong dengan Allah. Bukankah terlalu banyak hajat, keinginan dan harapan kita yang hanya mungkin tercapai dengan pertolongan Allah? Kalau begitu, berdoalah. Adukan semua masalah kepada Allah dan gantungkan harapan penuh kepadaNya. Berdoalah di tempat-tempat dan di waktu- waktu yang di “kabul doa”  dengan hati  yang penuh khusyuk, mengharap dan yakin serta sabar, insya- Allah ia akan menjadi sumber  ketenangan  dan kebahagiaan. Sebab  sudah fitrah  manusia apabila ia dalam kesusahan ia akan mengalami ketegangan fikiran dan perasaan. Satu-satunya cara mengubat penyakit ini ialah dengan mengadu,  mengharap dan  menyandar- kan diri kepada suatu kuasa yang boleh  menolong- nya menyelesaikan masalah itu. Kerana itu, Islam mengajar doa. Sebab hanya Allah-lah kuasa mutlak yang layak dan mampu ber- buat begitu. Faedah berdoa ialah jiwa yang lemah akan jadi kuat, hati yang susah jadi senang dan perasaan yang gelisah jadi tenang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Berfikir satu saat itu lebih baik daripada ibaduh setahun. Anjuran berfikir   bertujuan menyedarkan manusia tentang sifat wujud Allah dan Maha Kuasanya Allah. Perkara-perkara yang elok difikirkan ialah tentang diri sendiri. Allah mulakan kejadian kita  hanya daripada setitik air mani.  Harga setitik air mani adalah lebih rendah  daripada harga sebiji padi kalaulah Allah tidak menanamkannya di dalam rahim perempuan. Tidak juga akan berharga kalau Allah tidak memelihara, menghidupkannya dengan memberi segala keperluan untuk tinggal di dalam rahim. Belum juga akan berharga sekiranya Allah tidak memudahkan baginya keluar ke atas bumi. Dan belum juga akan berharga kalau Allah tidak besarkan serta diberi akal fikiran. Dengan akal yang Allah kurniakan manusia jadi raja, menteri, hulubalang, pengawal keselamatan, ahli fikir, professor, doktor, juruteknik, jurutera, pensya rah, guru dan lain-lain yang pandai, kuat, kaya  dan hidup lepas bebas. Dengan akal fikiran, manusia telah dapat meratakan gunung, membelah angkasa, menyelami laut an dan memperkosa bumi semahu-mahunya. Tetapi tidak selamanya begitu. Kita tidak akan boleh sema hu-mahunya dan tidak selama yang kita kehendaki. Kita mesti mati. Kenapa tidak dihalang mati itu? Tidak mungkin, sepertilah tidak mungkinnya kita mendatangkan diri kita ke dunia ini dahulu.

Firman  Allah dalam Al Quran: Allah, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah kemudian Dia menjadikan  kumu  sesudah lemah  itu  menjadi  kuat, kemudian Dia menjadikan(kamu) sesudah kuat itu lemah (kernbali)  dan beruban. Dia menciptakan apa  yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah  yang Maha Mengetahui lagi  Maha Perkasa. (Ar Rum: 54) Sesudah mati,  Allah berjanji untuk menghidup kan  dan  membangkitkan  kita  kembali  di  hari  Qiamat. Apakah alasan  untuk tidak percaya akan janji Allah itu? Siapakah  kita  untuk menolak kedatangannya? Firman  Allah: Tidaklah(susah) menciptakan dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) melainkan  hanya seperti (mencipta  dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi  Maha Melihat.(Luqman: 28)

Fikirkan  pula  nikmat-nikmat Allah  saat  ini. Mata, telinga, kaki, tangan  semuanya yang sangat  penting untuk keperluan hidup,  Allah kurniakan tanpa menagih bayaran satu sen pun daripada kita. Walhal harga sepasang kaki palsu sudah beribu-ribu ringgit, gigi  palsu juga mahal.  Maka apalagi mata,  telinga, hati, lidah dan akal yang Allah kurniakan, tentunya memang tidak ternilai. Dengan apa  hendak dibalas pemberian yang begitu besar? Fikirkan pula apakah sudah kita berterimakasih kepada Allah? Sudahkah kita tunaikan suruhan-Nya?  Sudahkah  kita   berhenti  daripada membuat perkara-perkara yang  dilarang-Nya? Sudah cukupkah bakti kita sebagai hamba untuk membalas kemurahan dan kasih sayang Allah pemelihara kita itu?

Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara ini, sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menyintai Allah dan Rasul lebih daripada lainnya, mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, benci kembali kepada kekufuran sepertimana benci dicampak ke Neraka. (Riwayat: Ahmad, Al Bukhari dan Muslim, At Tarmizi, An Nasai dan Ibnu Majah)

Diceritakan, telah meninggal seorang abid lalu Allah memanggilnya untuk diberitahu bahawa dia akan dimasukkan ke syurga sebagai satu kemurahan dan rahmat Allah kepadanya. Mendengarkan itu, si abid merasa tidak puas hati kerana ia dapat ke syurga hanya melalui belas kasihan Allah sedangkan di dunia dia begitu kuat ibadah. Si abid lalu memohon dimasukkan ke syurga yang setimpal dengan amal ibadahnya yang banyak itu. Allah SWT memerintahkan  malaikat  menghitung dan menilai ibadah si abid itu. Bila selesai, Allah mengumumkan bahawa ibadah-ibadah yang dibuat oleh si abid itu tidakpun cukup untuk membayar harga sebelah  matanya. Bagaimana untuk mendapatkan syurga? Si abid pun tersipu-sipu lalu memohon agar berpeluang masuk ke syurga. Demikian satu contoh menunjukkan nilai amal bakti kita ini masih belum sepadan dengan pembe rian Allah pada kita, malah kalaupun setiap saat dari umur kita, kita gunakan untuk menghambakan diri kepada Allah pun belum padan. Apalagi kalau seseorang yang sombong, engkar dan derhaka kepada Allah.

Sesuai sangatiah Allah lontarkan dalam api dan tersiksa selama-lamanya. Lihat pula beras yang kita jadikan nasi. Dapatkah pokok padi itu tumbuh dengan sendiri kalau Allah tidak diturunkan hujan dan kalau tanah tidak dire kahkan supaya biji yang didalam tanah itu dapat menembus naik untuk mendapatkan cahaya matahari?

Dapatkah manusia membuat air? 

Dapatkah manusia melubangi tanah dengan sehalus-halusnya hingga akar pokok itu dapat menjalar mencari makanan dan minumannya? 

Manusia menanam, tetapi siapa yang menumbuhkannya? 

Sesudah berfikir dan membuat kesimpulan, patutlah hati terus celik,   nampak kewujudan, kemurahan dan kekuasaan Allah SWT. Sepatutnya hati akan menyedarkan akal tentang perlunya Allah itu disembah. Hati selanjutnya akan mengarahkan kaki, tangan  dan seluruh anggota lahir menunaikan perintah Allah dan berhenti daripada mengerjakan larangan-Nya. Kalau tidak begitu, patut sangat  ditangisi kerana butanya hati yang sebenarnya lebih parah daripada buta mata. Kemudian  dongakkan muka ke  langit.  Lihat matahari yang naik dan turun, memberi panas dan menjadikan  waktu  yang  bermusim-musim.  Bulan  yang kecil dan besar, menjadikan malam kadang-kadang gelap dan kadang-kadang-terang, menjadikan air laut pasang  dan surut. Lihat bintang-bintang yang berkerdipan menghiasi langit berseri-seri. Lihat semua itu dan sebutlah Allah. Resapkan di hati berapa besar kuasanya Dia dan pemurahnya Dia.Dengan  itu  mudah-mudahan  lembutlah hati kita untuk tunduk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah. Bersabda Rasulullah SAW maksudnya: Siapa yang mendongak ke langit melihat bulan dan bintang kemudian  terasa  betapa kuasanya Allah, muka sebanyak  bilangan bintang-bintangnya itulah dosanya diampunkan.

Seseorang yang melihat alam kemudian berfikir tentang Allah lalu terasa kehebatan Allah hingga lembut hatinya, terus mahu tunduk menyembah Allah dengan sedar dan khusyuk, itulah manusia yang sempurna. Dia sedar dirinya sebagai barang ciptaan Allah maka ia mahu menyerahkan kembali pemberian itu kepada Allah. Berjayalah dia di dunia dan akhirat. Di dalam Al Quran Allah berulang-ulang kali menyuruh manusia berfikir, menggunakan akal yang diberikan untuk menyaksikan wujud dan perkasanya Allah. Firman-Nya: Tidakkah kamu Perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan (untuk kepentinganmu)  apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu  nikmut-Nya  lahir dun batin. Dan sebahagian manusia masih ada yang membantah  tentang  keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan kitab yang memberi penerangan. (Luqman: 20)

Firman Allah dalam Surah Ar-Rum: Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri   dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan mera- sa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu sebagai bahan renungan lagi kaum yang berfikir. (Ar Rum: 21) Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak (menguasai bumi). (Ar Rum: 20) Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nyd ialah penciptaan langit dan bumi dan begitu juga berlain-lainan  bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu sebagai bahan renungan bagi orang-orang yang mengetahui. (Ar Rum: 22) Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah penciptaan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat  tanda-tanda bagi kaum yang mendengar. (Ar Rum: 23) Dan di antara tanda-tanda  kekuasaan-Nya  Dia  memperlihatkan kepadamu  kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah  matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergu nakan akalnya. (Ar Rum: 24) Dan di antara tanda-tanda ke kuasaan-Nya ialah terbinanya langit dan bumi dengan  perintah-Nya.  Kemudian  apabila  Dia memanggilmu dengan  sekali panggilan dari bumi, ketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).(Ar Rum: 25) 

Seperkara lagi yang  patut difikirkan  ialah tentang dosa  kita  kepada Allah dan sesama manusia. Berapa banyak dosa kita kepada Allah dan sesama manusia? Selamatkah  kita   daripada  siksaan  dan  kemurkaan Allah di dunia dan di Akhirat? Mampukah kita berhadapan  dengan Munkar dan Nakir di dalam kubur nanti?  Tahankah  kita  dengan  bakaran  api  Neraka? Fikirkan itu selalu, insya-Allah  akan melembutkan hati. Kemudian terapkan keyakinan yang sungguh- sungguh bahawa  mati itu benar, memasuki liang kubur itu adalah benar, soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar. Melintasi Siratul Mustaqim itu benar, pembalasan  siksa  Neraka dan nikmat  Syurga  adalah benar  belaka. Pasti  berlaku  tanpa syak dan ragu. Sekiranya penerangan itu diulang-ulang setiap hari, insya-Allah  hati akan dimasuki iman yang waja yang  tidak mudah digoyangkan  walau  dengan ribut taufan yang kuat dan dahsyat. Usaha lain yang baik dibuat untuk mendapatkan iman ialah berpuasa sunat, berjuang, berjihad, bersedekah,  menziarahi  orang  sakit atau jenazah  dan lain-lain lagi. Kalau amalan-amalan  itu dilakukan mengikut adab dan tujuan yang dianjurkan syariat, semuanya akan menambahkan iman. Perlu pula diingatkan  bahawa  setiap  dosa  sama ada  kecil  apalagi  besar  ialah  perosak  dan  peruntuh iman.  

Rasulullah SAW bersabda:  Bukanlah  seseorang  yang berzina ketika  berzina seorang mukmin. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim) 

Ertinya seseorang yang sedang berzina itu rosak dan hilanglah imannya. Jadi bagi  orang yang betul- betul mahu memelihara dan meningkatkan imannya janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat, cepatcepat istighfar, menyesal dan taubat. Iman  juga  boleh berkurang sesudah naik atau boleh naik sesudah turun. Inilah sifat iman kita  iman orang ilmu. Sebab itu supaya tidak mengalami penurunan,  iman  mesti dibaja selalu dengan cara-cara yang banyak  dihuraikan di atas.

Sesiapa yang rajin, selamatlah ia, sebaliknya sesiapa yang cuai akan terimalah akibatnya. Saya  tegaskan bahawa ibadah-ibadah di atas mesti dilakukan  dengan  khusyuk  dan  tawadhuk.  Kalau tidak, ibadah itu tidak akan bererti  apa-apa.  Umpama orang yang lapar mengambil nasi hanya untuk dimain-main tanpa disuapkan ke mulut. Akan hilang- kah laparnya? Begitulah ibadah, kalau tidak dihayati, roh tidak akan memperolehi apa-apa. Lebih baik tidak sembahyang sunat kalau gopoh-gapah. Sudahlah kita  tidak beradab dengan Allah, kesan sembahyang pada hati itu pula tidak ada. Tetapi dengan ibadah-ibadah yang khusyuk kita akan membiasakan hati  untuk:

• Membesarkan Allah, 

• Mengenal Allah, 

• Menghina diri dan malu dengan Allah, 

• Takut ancaman Allah dan harap  nikmat Allah, 

• Terasa diawasi oleh Allah, 

• Terasa gerun dan hebat  dengan Allah dan cinta  kepada-Nya. 

Bila sudah masuk perasaan-perasaan begitu dalam hati dengan sendirinya hati kita akan beramal baik:

1. Bila kita menerima nasib buruk, kita akan redha  sebab kita  yakin Allah yang mentakdirkannya dan Allah cukup adil, pengasih dan setiap takdir-Nya adalah membawa  kebaikan  dan bukan  untuk  menganiaya dan menyeksakan  kita.  Lagi pun nasib buruk itu  hanya satu manakala nikmat-nikmat  lain pula tidak terhitung banyaknya.

2.  Bila datang ujian kita akan sabar. Allah menguji kita atas dua maksud:

A. Untuk menghapuskan dosa. Kita memang berdosa sama ada disedari atau tidak. Jadi patutlah  diuji  untuk  ingatkan  kita  bahwa  kejahatan itu jangan dibuat  lagi.  Balasan  di dunia pun rasanya tidak tahan apalagi balasan Neraka.  Bagaimanapun  kita  terimalah  balasan (ujian Allah itu) dengan tenang sambil mengharapkan  ujian  itu  akan  berakhir  dan  dosa kita  terampun  dan  kita  akan  tenang  semula.

B. Untuk meninggikan  darjat kita. Kita  cukup suka kalau dapat naik pangkat. Jadi kalau ada ujian-ujiian Allah yang bermaksud  menguji kesabaran  kita  supaya  dinaikkan  darjat  kita maka  patutlah  sangat  kita  terima,  sabar  dan senang  hati  dengannya.

3. Bila datang nikmat Allah sama  ada lahir atau batin,  kita akan bersyukur.  Kita  akan rasa keselesaan lahir  kita  dan  ketenangan  jiwa  kita  semuanya  pemberian Allah (kuasa Allah dan nikmat daripada-Nya) .Kita  tidak akan dapat mengadakan  sendiri tanpa izin  dan  pertolongan  Allah.  Sebab  itu  kita  sentiasa rasa  berterima  kasih  kepada  Allah. Perasaan  itu  menolong kita  untuk ingat serta cinta kepada Allah serta redha kepada kehendak-Nya di samping membanyakkan ibadah-ibadah yang disukai-Nya serta ingin mengorbankannya kepada Allah sebagai tanda syukur kepada-Nya.

4. Setiap kali selesai berusaha, berikhtiar dan beribadah kepada Allah, kita akan menyerahkannya kepada Allah sebagai hak mutlak-Nya untuk ditentukan hasilnya baik atau buruk, jaya atau gagal. Hatta diri kita ini berada dalam tangan-Nya. Kita serah kepada-Nya dan baik sangka kepada-Nya untuk diaturkan mengikut kehendak-Nya juga.

5. Setiap kali kita buat dosa, kita akan takut kepada Allah. Hukuman Allah di dunia dan di Akhirat pasti berjalan kepada sesiapa yang berdosa. Maka hendaklah  kita  bertaubat  (menyesal dan berjanji tidak akan membuatnya lagi). Kemudian, harapkan pula pengampunan Allah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Pemaaf, Maha Sopan Santun dan Lemah-Lembut.

6. Kita akan sentiasa beradab dan malu dengan Allah yakni sentiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada- Nya dan cukup malu untuk sombong kepada-Nya, membelakangkan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita sentiasa tawadhuk dengan Allah, khusyuk, berhati- hati, bimbang dan cemas kalau-kalau tersilap dengan Allah.

7. Kita  juga akan sentiasa merenung dan menyesali diri, apakah kita sudah mendapat keredhaan Allah dan keampunan daripada-Nya. Kita  yang selalu lalai, cuai dan lemah serta berdosa ini, layakkah mendapat keredhaan dan pengam- punan-Nya? Masa ibadah kita  terlalu pendek dibandingkan  dengan  masa kita  berbual-bual  kosong, berangan-angan  fikir  hendak  luaskan  dunia  kita, bermegah-megah  dengan harta, anak dan pengikut dan lain-lain kelalaian lagi.

8. Layakkah kita ini masuk ke dalam Syurga? Belum pernah tercabut roma kita kerana berjuang di jalan Allah sedang ahli syurga  seperti Nabi dan para sahabat pernah tercabut gigi, pecah  muka, remuk tulang dan hilang nyawa kerana berjuang mempertahankan agama Allah. Pengorbanan apa yang telah kita  buat yang kehebatannya mampu menebus kita dari api neraka?

9. Setiap kali apa-apa  yang kita  ingini, tidak kita perolehi, kita akan redha sebab kita sedar bukan kita yang menunaikan hajat tetapi Allah. Dialah  yang memberi rezeki dan menyempitkannya. Sebab itu kita tenang, kita redha dan sabar dengan kehendak Allah. Kita  rasa lemah, kita  tidak mampu menunaikan hajat sendiri tanpa bantuan Allah dan kita  rasa malu pula untuk tidak redha dengan Allah. Siapa  kita? Nyawa yang masih ada  ini pun Allah punya. Kalau Allah matikan kita  lagi teruk. Semuanya terlepas. Kerana itu kita rasa tidak mengapalah nikmat yang sedikit itu Allah tidak beri. Kita hanya boleh meminta bukan memaksa. Meminta sifat hamba dan memaksa itu sifat tuan. Kalaulah perasaan-perasaan (amalan-amalan  batin) itu tidak ada  dalam jasad batin kita,  itu tanda- nya mujahadah kita  tidak kuat dan ibadah kita  tidak sampai matlamatnya (untuk mendidik jiwa) . Kenalah ditambah usaha lagi. Kalau ibadah cukup dan sampai matlamat, kita akan jadi orang yang bahagia, tenang dan selamat daripada sakit jiwa. Bukan kerana kita kaya,  ternama dan terhormat, tetapi kerana hati kita puas dengan apa yang ada:

• Sakit pun bahagia apa lagi sihat 

• Miskin pun bahagia apalagi kaya 

• Seorang  pun bahagia apalagi kalau berpengi kut 

• Dihina pun bahagia apa lagi dipuja. Tetapi kalau hati yang tidak bersih (tidak kenal Allah), tidak berhakikat (tasawuf), dia tidak akan rasa bahagia, dia tidak pernah puas dengan nasibnya: 

• Kaya  pun tidak bahagia apalagi kalau miskin 

• Sihat pun tidak bahagia apalagi kalau sakit 

• Disanjung pun tidak bahagia apalagi kalau dihina 

• Ada pengikut pun tidak bahagia apalagi kalau keseorangan. 

Orang yang boleh mendapat kebahagiaan sebenarnya hanyalah orang yang mempunyai tasawuf (kerohanian) yang tinggi. Merekalah yang membangunkan  dan mendapatkan  syurga untuk dunia dan Akhirat mereka. Amalan-amalan mereka lahir dan batin menyela- matkan mereka di dunia dan Akhirat. Hati mereka yang selamat di dunia itu jugalah yang akan selamat di Akhirat. Merekalah yang mendapat kemanisan iman, kelazatan beribadah kerana hatinya benar-benar  cinta  Allah  dan  Rasul  dan  benci  kepada mungkar dan maksiat. Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara ini, sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: 1. Menyintai Allah dan Rasul lebih daripada lainnya. 2. Mencintai seseorang  semata-mata kerana Allah. 3. Benci  kembali kepada  kekufuran sepertimana benci dicampak  ke Neraka. (Riwayat: Ahmad, Al Bukhari dan Muslim, At Tarmizi, An Nasai dan Ibnu Majah)

Bila mendapat kemanisan iman, penderitaan menjadi kecil dan dunia tidak ada ruang dalam hatinya. Hatinya asyik dengan Allah. Ini berlaku pada sahabat-sahabat Rasulullah. Bilal, waktu dijemur di tengah panas serta diazab untuk dipaksa kembali kepada kekufuran, dengan tenang dia menjawab, “Ahad,  Ahad.”  Azab tidak terasa azab lagi. Ini  juga berlaku pada seorang sahabat. Untanya dicuri orang di waktu malam semasa sedang bersembahyang. Dia tidak menghentikan sembahyangnya. Dia terasa kemanisan iman dan ibadah hingga lupa bertindak terhadap pencuri itu. Cerita lain, ada dua orang sahabat yang Rasulullah lantik mengawal tentera Muslimin di satu peperangan di waktu malam. Seorang tidur sementara seorang lagi jaga danbersembahyang.  Tiba-tiba datang spy musuh, dan ternampaklah kedua sahabat tadi lalu ia menarik busar panah dan memanah sahabat yang sedang sembahyang. Sahabat itu tidak memutuskan sembahyangnya. Dipanah lagi, sampailah kali ketiga barulah dibangunkan sahabatnya dan berkata, “Kalau tidak takut menimpa umat Islam nescaya aku tidak berhenti sembahyang.”

Begitulah kemanisan iman yang dirasai.

No comments: